Wednesday 6 September 2017

NUTRISI PEMAKANAN KANAK-KANAK

Definisi nutrisi

  • Nutrien ialah segala jenis makanan yang digunakan oleh badan untuk pertumbuhan.
  • Enam jenis kelas makanan ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, minerals dan serat.
  • Nilai tenaga bagi setiap makanan diukur dalam unit kilo kalori (kcal)


Maklumat tentang keperluan nutrisi anak kecil (usia 1-3) dan kanak-kanak (usia 3-5)

Kanak-kanak yang membesar memerlukan banyak tenaga (diukur dalam kalori) begitu juga dengan nutrien lain bagi memastikan tumbesaran dan perkembangan yang normal
Terdapat bukti menyatakan bahawa diet kanak-kanak di bawah usia 5 tahun tidak sentiasa optimum dan*:
  • Terlalu tinggi dalam kandungan jenis gula yang merosakkan gigi
  • Terlalu rendah dalam kandungan vitamin dan mineral tertentu, seperti vitamin A, vitamin D, zat besi dan juga zink
 →→Click this

Jenis makanan yang diperlukan dalam diet anak kecil
  • Apabila anak semakin membesar, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan hidangan keluarga, walaupun hidangannya perlu dipotong-potong kecil
  • Anda perlu memastikan hidangan keluarga sesuai untuk anak anda, jadi gunakan jumlah gula, garam dan rempah-ratus yang memadai dalam resipi
  • Susu masih memainkan peranan yang penting dalam diet anak anda, walaupun jumlah diperlukan semakin berkurangan, kira-kira 350 ml susu atau 2-3 hidangan produk tenusu dalam sehari
  • Anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan susu lembu penuh krim sebagai minuman utama selepas berusia 12 bulan dengan syarat anak kecil anda dibekalkan dengan diet yang baik, pelbagai dan seimbang

Memakan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan dalam jumlah hidangan yang ideal seperti berikut:
  • 6 hidangan makanan karbohidrat sehari
  • 2-3 hidangan produk tenusu sehari (termasuk susu anak)
  • 1-2 hidangan daging atau pilihan lain sehari
  • 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari




Keperluan nutrisi kepada kanak-kanak
Jenis
Fungsi 
 Sumber
Karbohidrat
Membekalkan tenaga ke sel-sel di seluruh badan dan merupakan sumber tenaga yang baik untuk anak kecil yang aktif dan sedang membesar.
           Nasi, ubi, roti, kekacang.
Lemak
Membekalkan sumber tenaga pekat dan asid lemak perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendiri.
           Minyak sayuran
           minyak ikan
Protein
Membina, menjaga dan membaiki tisu badan, serta untuk menghasilkan enzim yang mengawal banyak fungsi badan.


           Susu, daging, ikan
Vitamin A  
     -Menjaga kesihatan kulit dan
      membran mukus 
     -Penting untuk fungsi mata.
                      Lobak, sayur-                                   sayuran berdaun 
                      hijautomato
Vitamin B  
      Untuk membina sel-sel 
      darah supaya kulit sihat dan        cantik.           
                      Susu, telur, bijirin,                           buah-buahan dan 
                      sayur-sayuran
Vitamin C   
    -Meningkatkan penyerapan           zat besi daripada sumber             bukan daging     
    -Menyumbang kepada                     penyerapan zat besi 
       daripada makanan
                      Betik, oren, sayur-                           sayuran berdaun                              hijau









Memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak

·       Makanan yang berbeza membekalkan vitamin dan mineral yang berbeza, oleh itu diet yang pelbagai dan seimbang penting untuk mendapatkan semua nutrien ini dengan jumlah yang mencukupi.
·    Kanak-kanak hendaklah memakan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan bagi memenuhi keperluan nutrisi mereka.
·    Susu anak kecil dirumus khas untuk melengkapkan diet dan diperkuat dengan zat besi serta vitamin dan mineral utama lain yang dapat memberi manfaat tambahan kepada diet anak-anak.



Kesan kekurangan nutrisi kepada kanak-kanak

  • Pertumbuhan motor dan kognetif terbantut
  • Pencapaian pelajar kurang memuaskan
  • Risiko mendapat penyakit adalah tinggi

Keratan akhbar




Kesan terlebih nutrisi kepada kanak-kanak

  • Mengalami perkembangan fizikal berat dan tinggi tidak normal
  • Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat obesiti 






Rujukan: