- Nutrien ialah segala jenis makanan yang digunakan oleh badan untuk pertumbuhan.
- Enam jenis kelas makanan ialah karbohidrat, lipid (lemak), protein, vitamin, minerals dan serat.
- Nilai tenaga bagi setiap makanan diukur dalam unit kilo kalori (kcal)
Maklumat tentang
keperluan nutrisi anak kecil (usia 1-3) dan kanak-kanak (usia 3-5)
Kanak-kanak yang membesar memerlukan banyak tenaga (diukur dalam kalori) begitu juga dengan nutrien lain bagi memastikan tumbesaran dan perkembangan yang normal
Terdapat bukti menyatakan bahawa diet kanak-kanak di bawah usia 5 tahun tidak sentiasa optimum dan*:
- Terlalu tinggi dalam kandungan jenis gula yang merosakkan gigi
- Terlalu rendah dalam kandungan vitamin dan mineral tertentu, seperti vitamin A, vitamin D, zat besi dan juga zink
Jenis makanan yang diperlukan dalam diet anak kecil
- Apabila anak semakin membesar, mereka sudah boleh diperkenalkan dengan hidangan keluarga, walaupun hidangannya perlu dipotong-potong kecil
- Anda perlu memastikan hidangan keluarga sesuai untuk anak anda, jadi gunakan jumlah gula, garam dan rempah-ratus yang memadai dalam resipi
- Susu masih memainkan peranan yang penting dalam diet anak anda, walaupun jumlah diperlukan semakin berkurangan, kira-kira 350 ml susu atau 2-3 hidangan produk tenusu dalam sehari
- Anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan susu lembu penuh krim sebagai minuman utama selepas berusia 12 bulan dengan syarat anak kecil anda dibekalkan dengan diet yang baik, pelbagai dan seimbang
Memakan pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan dalam jumlah hidangan yang ideal seperti berikut:
- 6 hidangan makanan karbohidrat sehari
- 2-3 hidangan produk tenusu sehari (termasuk susu anak)
- 1-2 hidangan daging atau pilihan lain sehari
- 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari
Keperluan nutrisi kepada kanak-kanak
Jenis
|
Fungsi
|
Sumber
|
Karbohidrat
|
Membekalkan tenaga ke sel-sel
di seluruh badan dan merupakan sumber tenaga yang baik untuk anak kecil yang aktif dan sedang membesar.
|
Nasi, ubi, roti, kekacang.
|
Lemak
|
Membekalkan sumber tenaga pekat dan asid lemak perlu
yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendiri.
|
Minyak sayuran,
minyak ikan |
Protein
|
Membina, menjaga dan membaiki tisu badan,
serta untuk menghasilkan enzim
yang mengawal banyak fungsi badan.
|
Susu, daging, ikan
|
Vitamin A |
-Menjaga kesihatan kulit dan
membran mukus
-Penting untuk fungsi mata.
|
Lobak, sayur- sayuran berdaun
hijau, tomato |
Vitamin B
|
Untuk membina sel-sel
darah supaya kulit sihat dan cantik. |
Susu, telur, bijirin, buah-buahan dan
sayur-sayuran
|
Vitamin C
|
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Menyumbang kepada penyerapan zat besi
daripada makanan |
Betik, oren, sayur- sayuran berdaun hijau
|
Memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak
· Makanan yang berbeza
membekalkan vitamin dan mineral yang berbeza, oleh itu diet yang pelbagai dan
seimbang penting untuk mendapatkan semua nutrien ini dengan jumlah yang
mencukupi.
· Kanak-kanak hendaklah memakan
pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan bagi memenuhi keperluan
nutrisi mereka.
· Susu anak kecil dirumus khas
untuk melengkapkan diet dan diperkuat dengan zat besi serta vitamin dan mineral
utama lain yang dapat memberi manfaat tambahan kepada diet anak-anak.
Kesan kekurangan nutrisi kepada kanak-kanak
- Pertumbuhan motor dan kognetif terbantut
- Pencapaian pelajar kurang memuaskan
- Risiko mendapat penyakit adalah tinggi
Keratan akhbar
Kesan terlebih nutrisi kepada kanak-kanak
- Mengalami perkembangan fizikal berat dan tinggi tidak normal
- Kanak-kanak berisiko tinggi mendapat obesiti
Rujukan:
No comments:
Post a Comment